Anak muda
Namaku
Nurasyikin binti Mohammad. Aku dilahirkan ketika dunia sudah membangun, dunia
yang serba canggih. Ketika aku berumur tiga tahun, ayahku telah membelikan aku
telefon pintar supaya dia dapat mengawal aku. Ternyata usahanya gagal. Aku
semakin leka sehingga aku tidak mendengar nasihat mereka. Aku dan teknologi
bagai isi dengan kuku, memang tidak dapat dipisahkan.
Semakin
hari sikapku menjadi lebih agresif. Aku sanggup melawan kata-kata ayahku.
Baginya, aku tidak mampu menggunakan teknologi itu dengan betul. Kewujudan
teknologi menyebabkan aku tiada masa untuk diluang bersama mereka. Tambahan lagi aku satu-satunya anak mereka. Dia mengugut
aku. Dia mengatakan bahawa dia akan mengambil semula telefon tersebut.
Ugutannya itu membuatkan aku memberontak. Betapa biadapnya aku ketika itu.
Aku keluar
rumah. Hatiku panas, darahku mendidih. Bagiku, ayah tidak memahami jiwa anak
muda yang ada pada diriku. Tapi dalam masa yang sama hatiku turut menangis.
Mungkin cara aku agak keterlaluan. Tapi aku mengambil sedikit masa untuk
menenangkan fikiranku yang sedang berserabut. Aku terbayang-bayang wajah ayahku
lapan tahun dahulu. Wajahnya ceria selepas menghadiahkan aku sebuah telefon
pintar ketika hari lahirku yang ketiga.
Mungkin ayahku
merasakan dia telah membahagiakan satu-satunya anak perempuannya itu. Dia
mendedahkan aku dengan teknologi pada usia yang amat muda. Fikiranku lenyap
tiba-tiba selepas aku mendengar namaku dipanggil dengan lantang. Kelihatan ibu
dan ayahku menghampiri aku dengan muka yang marah dan sedikit risau.
Ayah menarik
tanganku dengan kasar dan membawa aku balik ke rumah. Ibuku tidak boleh berbuat
apa-apa. Matanya mengalirkan air mata melihat aku diperlakukan sebegitu oleh
ayah. Ayah memarahi aku di depan ibu. Matanya merah, dadanya turun naik. Sesungguhnya
ketika itu aku betul-betul takut. Dia akan merampas telefon pintar saya. Waktu
itu aku tidak peduli. Perkara
yang paling penting bagiku saat itu ialah dia memaafkan aku.
Ayah
meninggalkan aku dan ibu di ruang tamu. Melihat aku menangis, ibu segera
memelukku. Malah dia berjanji akan memujuk ayah. Aku kembali tersenyum. Malam
itu aku sentiasa berharap agar ayah masuk ke dalam bilikku dan menemani aku
sehingga aku tertidur. Tetapi malam itu, aku hampa. Ayah tidak seperti
malam-malam sebelumnya. Betapa aku menyesal ketika itu. Aku menyedari bahawa
ayah benar-benar menyayangiku. Tiba-tiba pintu bilikku dibuka. Aku terkejut dan
gembira, berharap ayah yang datang tetapi sebaliknya. Ibuku datang membawa
telefon pintarku sambil menayangkan muka yang bengis. Dia melemparkan telefon
itu ke arahku dan aku sempat menyambutnya.
Aku bangun ketika matahari berada tegak di atas kepala. Pelik. Semalam aku bangun awal kerana ayahku yang membangunkan aku. Tetapi tidak untuk hari ini. Aku mengambil tuala dan melangkah ke bilik mandi. Kelihatan ayah dan ibuku sedang menonton televisyen. Aku ingin menegur mereka tetapi lidahku kelu. Aku perlu meminta maaf kepada mereka, tegasku.
No comments:
Post a Comment