Pakaian tradisional
Jelas kita ketahui bahawa di Sarawak terdapat penduduknya
yang berbilang kaum. Setiap kaum akan mempunyai busananya yang tersendiri bagi
menggambarkan etniknya. Sebagai contoh kaum Iban, busananya ialah Ngepan. Kaum Melanau, busananya ialah
baju Melanau.
Busana yang terhasil daripada sentuhan lembut kaum
Melanau. Bajunya berwarna hitam pekat dipadankan dengan kain songket berwarna
keemasan. Pada bahagian dada baju Melanau akan digayakan dengan selendang merah
dan perhiasan lain yang berwarna merah bagi menghasilkan kontra bagi baju itu. Selain
itu, busana ini turut dilengkapi dengan gelang-gelang di tangan, tali pinggang
serta sanggul di kepala. Kebiasaannya busana ini akan dikenakan apabila ada
majlis seperti menyambut orang kenamaan, majlis perkahwinan atau sebagainya. Tujuannya
adalah untuk mengangkat tinggi busana kaum Melanau di Sarawak.
Sungguh
indah mengenakan busana ini. Jahitannya sangat kemas. Padanan warna yang sesuai
mampu menyerlahkan lagi si pemakai busana itu kelak. Ia nampak seperti ringkas
tetapi sangat unik.
Sebagai
kaum Melanau, saya akan berusaha mengangkat tinggi keunikkan busana ini. Menjadikannya
busana terindah pernah terhasil di muka bumi. Bagi membuka mata masyarakat
untuk mengenali kaum ini tidak lupa juga makanan dan seni budaya kaum ini.
Sungguh unik. Kita tahu bahawa setiap kaum mempunyai keunikkannya yang
tersendiri. Oleh itu, kita perlu mengangkat tinggi dan memperjuangkan kaum kita
sendiri.
Siapa lagi kalau bukan kita? Mengharapkan orang lain,
belum tentu dilaksanakannya seperti apa yang kita niatkan dalam hati. Jika
diharapkan generasi akan datang belum tentu mereka akan memahami
sedalam-dalamnya apa yang kita mahukan. Justeru, kita sebagai orang yang masih
memiliki pengetahuan tentang pakaian, seni budaya atau makanan bagi kaum kita,
perlu disebarkan demi kepentingan masyarakat akan datang dan masyarakat yang
ingin menambahkan ilmunya. Tidak salah dalam berkongsi ilmu malah menjadikan
kita orang yang luas pengetahuannya.

No comments:
Post a Comment