Thursday, November 19, 2020

PENGALAMAN MEMASUKI KELAS BBK3410

 

Pada tahun kedua pengajian, kursus Penglahiran bakat kreatif memang diwajibkan untuk pelajar jurusan Sastera Melayu. Sebenarnya, saya berasa teruja untuk mengambil kursus ini. Pada pendapat saya, saya akan mampu menghasilkan banyak karya. Saya boleh disifatkan sebagai seorang yang suka berkarya tetapi kurang dalam berkomunikasi. Justeru, saya cenderung untuk berasa gembira dalam mengikuti kursus ini walaupun pada hakikatnya saya sangat gementar. Dalam kursus ini, kami telah diberi tugasan iaitu menghasilkan cerpen dan sajak yang bertemakan warisan melayu, makanan, atau budaya sesuatu bangsa. Dengan menghasilkan karya-karya yang bersifat sedemikian, secara tidak langsung, kami akan dapat meningkatkan budaya sesuatu kaum. Sebagai contoh, saya sebagai seorang pelajar yang berasal daripada sarawak,mampu mengangkat budaya atau warisan di negeri saya. Seperti yang kita sedia maklum, negeri Sarawak mempunyai berbilang kaum, bangsa dan budaya. Oleh itu, dengan memasuki kursus ini, saya mampu untuk membuka mata masyarakat tentang keunikkan budaya di negeri saya,saya berharap karya-karya yang bakal saya hasilkan mendapat sambutan yang baik.

No comments:

Post a Comment

DUNIA HIBURAN

  Kritikan tentang dun ia hiburan      Dunia kini tiada pisahnya dengan hiburan. Buktinya, para remaja walhal kanak-kanak sekalipun cenderun...